Pages

Thursday, May 27, 2010

malam akhir DAT6B

malam yang amat mengharukan.... aku bersama² rakan pergi ke dusun bay untuk perjumpaan terakhir ... kali akhir untuk berjumpa setelah bersama selama 3 tahun...... tak dapat tahan lagi.. rasa terharu bile kehadiran rakan² yang banyak memberi kenangan bersama...

sedih tu mmg la sedih.. tp ak tk kuar pon air mata, hehhe... hanya bersedih dalam ati kerna akan berpisah ... hahahha........ rakan² perempuanku aku lihat kesemuanya menitiskan air mata.. turut serta dalam perjumpaan pd malam itu adalah mama kami iaitu puan Hasnah bt Ngah.. tk dapat disangkal lagi waktu perpisahan adalah waktu yang paling sedih , dah la kita telah bersama selama 3 tahun.. huhuu.. kami semua menikmati makan malam bersama , setelah itu, mama memberikan ucapan untuk kali yang terakhir.. huhuuh.. suasana bertambah hiba, rakan² perempuan berpelukan sesama sendri .. kami lelaki turut berpelukan dan bersalaman sesama kami, dengan ucapan akan bertemu lagi di kemudian hari...

setelah puas menjamu selera, kami berkumpul di luar restoran untuk satu ucaoan terima kasih sesama kami , di ikuti ungkapan maaf andai tersalah bahasa.... tk dinafikan suasana tersebut telah mengimbau kembali segala kenangan yang terindah dari kami mula² kenal sehinggalah menjadi rapat sebegini, umpama sebuah keluarga yang amat bahagia..... hahahha

Wednesday, May 26, 2010

malam perpisahan

sayu..
sedih...
terharu....
itu yang dapat ku simpulkan..
malam penuh limpahan air mata , mengalir sepi..
membasahi bumi...
akhirnya, kami berpisah,
setelah mengharungi pelbagai pahit getir,
selama tiga tahun bersama...

terlalu banyak kenangan pahit dan manis ,
ditempuhi bersama...
menghadapi cabaran bersama,
menempuh halangan ,
tanpa jemu dan tangis,
kita tempuhi dengan tegar...

aku harap persahabatan kita tidak akan
patah arang....
tidak dengan hanya sedikit halangan,
kita melupakan sesama....
janganlah dilupakan kenangan bersama...

kasih PA tersemat dalam ingatan sanubari,
menjengah hati kita
PA telah menyulam kasih kepada kita,
hargailah masa kita bersama mama..
kami sayang mama

terima kasih tak terhingga buat mama tercinta,
kerana sudi manjaga kami,
mengajar kami,
kami semua amat terharu dan berterima kasih,
agar setiap ajaran puan tetap diingati,
dan terus beramal di masa hadapan...

kasih kami pelajar² DAT B,
akan terus subur dalam ingatan puan...
terima kasih tak terhingga...
PUAN HASNAH BTE NGAH

Tuesday, May 25, 2010

tuesday night tomyam

hahahha... malam yang gemuruh .. lepak² ngan kwn² kat kalompang.. at meor tomyam..
giler la, layan siot... lepak ramai² mmg la besh.. hirup sup tomyam , terbaik la...

huh..!! bleh tahan la, tgk udang, sotong, ketam ngan ayam... besar² kot.. hahhah

Nasihat al-Qamah: Lima cara pilih sahabat



NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana
pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama,
pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah
hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka
mencukupi keperluan.

Kedua,
pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa
terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka
menghitung-hitungka n (menyebutnya) .

Ketiga,
pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa
terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai
keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat,
pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu
daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu
dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu,
dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima,
sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan
dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan
sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau
berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar
segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan
bersama-sama sahabat yang mulia.

RENUNG-RENUNGKANLAH ..

akhirnya

telah tiba waktu berpisah... berpisah dengan sahabat² sekelas, berpisah dengan buku² dan nota² seharian... hari ini merupakan hari terakhir , aku menduduki peperiksaan semester akhir politeknik.. huh.. agak sesak otakku menghadapi kertas terakhir ini.. bleh ke aku menjawab nya, hm... insyallah , aku dapat menjawabnya.. tapi tk brape yakin la ngan jawapan yang ditulis td.. hahahahh... agak² nya aku dapat tk lulus ..

berakhirnya kertas pagi td... ak ngan sahabat² menuju ke behrang perdana untuk menjamu perut yang merengek meminta diisi.. hahahhah.... tp , bukannya aku makan pun, just minum teh tarik .. lambat btol dierong nak amek order.. penat menunggu, akhirnya dtg juga ...

minum sudah... pe lagi , perang la jawabnya.. hahahaha... aku dan budak sekelas dan juga budak kelas sebelah berperang bersama.. singgah dulu techno .. pe lagi halflife la... hahhahah... hebat juga dorng nie... ok la.... hahhahah..

kul 1 ptg.. aku beransur pulang.. pulang ke rumah ... hahhahah~