Pages

Sunday, October 24, 2010

"Mai, jom pergi makan nak tak..?? aku dah lapar ni'"
"hurm"
"Mai kau dengar tak apa yang aku cakap tadi" Aina beceloteh lagi...

"dengar la, tapi aku tak lapar lagi la, kau pergi je la makan sorang2" Mai menjawab acuh tidak acuh pertanyaan Aina...

"kau ni kenapa, sejak kebelakangan ni, aku tengok kau semakin banyak termenung la"
"tak ada apa-apa la, kau ni banyak tanya la pulak da macam polis pencen aku tengok, tadi kata lapar , jom la aku teman kau pergi makan" Mai mengajak Aina.

"Kau tak nak makan ker?"
"ala Mai , tak kan ak sorang jer makan tak best la cam ni" Aina seolah-olah merajuk.

"la, tadi kau juga yang cakap yang kau lapar, makan je la"
"aku minum je la boleh, haha" Mai cuba memujuk Aina.

"kita pergi kedai yang kat depan tu je la, yang ramai orang 2"Aina mencadangkan.

"apa nama kedai tu ek"

"apa tah, tomato kalau tak silap aku"

*********

"nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi "

Faizall gelisah, sudah beberapa kali dia cuba untuk menghubungi Mai, tetapi hampa. setiap kali faizal cuba, dia hanya mendengar operator menjawab.

"kenapa la Mai ni, die macam nak elak kan dari aku je"

'mugkin bateri hp dia habis kot'. Faizall bermonolog dalam hati, cuba menenangkan dri setelah tidak berjaya menghubungi Mai atau nama penuhnya Iman Humairah yang dikenali sejak beberapa tahun lalu. itu pun melalui sahabatnya, Muzarill.

"Muz, jom lepak aku bosan la duduk kat rumah ni." Faizall menelefon Muzarill setelah puas menghubungi Mai,

"aku on je, ajak la Im skali, kita lepak tempat biasa ok."

mereka bertiga sentiasa bersama, sejak dari zaman persekolahan lagi, keakraban mereka tidak dapat dinafikan lagi. sentiasa melakukan sesuatu bersama-sama. kerja pun di kawasan yang sama cuma lain syarikat. Faizall, Muzarill dan Aiman amat rapat macam adik -beradik .

Mereka berjumpa di restoran Sri Setia, melepak-lepak sambil menonton perlawanan bola sepak. ramai sungguh pelanggan di situ, tidak kira kaum, usia dan jantina. Masing-masing asyik dengan perlawanan tersebut.

Tidak bagi Aiman ataupun Shahril Aiman. dia tidak begitu meminati bola sepak, cuma tahu la juga serba sedikit. berbeza sekali dengan Faizall dan Muzarill.

********

Sunday, June 20, 2010

proton city international

hari nie , di waktu petang yang hening, aku bersama² rakan - rakan menuju ke satu kawasan rekreasi, iaitu di tasik proton...

sesampai nyer di sana , ibarat sampai ke satu kawasan yang asing bg aku.. apakah ini, benarkah apa yang ku lihat, tidak aku sangka kawasan yang berada di Malaysia ibarat di luar negara, hahahhahah......

dipenuhi dengan rakyat² asing dan bukan rakyat Malaysia, hahahhaha.... perlawanan bola sepak antara jawa barat dengan jogjakarta.. hahahaha tp ble tgk balik da cm vietnam ngan myamar.. kahkahakha.. men tembak jer tk taw lak orang maner....

de lak perlawanan kriket antara bombay ngan mumbai.. kihkihkih... ntah mane nyer bangla daa.. sonok gak tgk dorng men kriket, bnyk lak penonton, dr golongan yang same la.. kami berjalan² pusing satu tasik, mcm² ragam org ditemui, de yang berdua, bertiga dan beramai², hahahhaha......

de la sorang nie, cina la agaknya.. tp die nie slalu dgr lagu melayu, rok kapak.. hehehhe.. kami folow la blakang die td, tk sangka lak die dgr perbualan kami, pe lagi die pandang blakang la sambil tersenyum aku ase la... pe lagi , ter bahak² la kami gelak... kahkahkahk....

lawak giler la... pusing da satu pusingan , duk² tgk org men bola ngan layang², sambil layan air tebu.. besh... hahhaha da lame lepak², kami bergeraklah pulang... hahhahah

Saturday, June 19, 2010

4 PERKARA SEBELUM TIDUR

Rasullah berpesan kepada Aisyah ra :
"Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu : >1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kaulaksanakan haji dan umrah.... "

Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara >seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda :
"Jika engkau tidur bacalah :
Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan
Al-Qur'an.
Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan
memberi syafaat di hari kiamat.
Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"
Kalau rajin.. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang lain.
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah mati.

cara terbaik berbuka puasa

ReNuNg2KaNLaH... ...

CUBA kita perhatikan cara dan kerenah orang berbuka puasa setelah seharian berpuasa. Cara kanak-kanak berbeza dengan dewasa manakala lelaki berbeza dengan wanita.

Ada yang makan beberapa biji kurma dan meminum segelas air. Selepas itu baru menjamah makanan ringan seperti kuih-muih. Setelah berehat seketika, mereka menunaikan solat Maghrib sebelum sambung semula makan hingga kenyang.

Tetapi ada meminum satu atau dua gelas air dan memasukkan semua lauk dalam satu pinggan dan memakannya hingga kenyang. Adakah cara itu yang digalakkan dalam Islam dan bagaimana pula kaitan puasa dari segi kesihatan?

Sebenarnya, pakar perubatan turut mengakui berpuasa mampu menjana kesihatan lebih baik kepada manusia.

Ini kerana beberapa perkara akan berlaku disebabkan berpuasa dan ia cukup baik untuk kesihatan seperti pembuangan toksik serta bahan buangan.

Toksik dan bahan buangan itu dikeluarkan melalui nafas berbau, peluh juga berbau, kulit kering bersisik dan gatal, air kencing pekat dan berbau, dan mungkin juga kerap kencing serta buang air besar selepas beberapa hari berpuasa.

Seseorang yang berpuasa juga mungkin mengalami sakit kepala, lenguh badan dan demam (kesan toksik keluar daripada lemak ke darah sebelum keluar dari badan), dan mungkin juga berlaku selesema dan kahak serta lendir dan keputihan.

Kaedah terbaik ketika berbuka:

# Berbuka dengan buah termasuk kurma dan sedikit kuih-muih serta seteguk air.
# Kemudian solat Maghrib terlebih dulu bagi memberi peluang perut mencerna makanan.
# Makan makanan yang senang hadam dan kurangkan masakan berminyak, berempah dan pedas. Seelok-eloknya makan sayur, tauhu dan kekacang.
# Kurangkan kadar makanan daripada biasa.
# Jangan minum air sambil makan. Insya-Allah jika makan secara perlahan-lahan, masalah tercekik tidak berlaku.
# Minum air putih, teh herba atau minuman mengandungi getah anggur, buah kembang semangkuk dan biji selasih sebanyak mungkin.

Cara berpuasa yang boleh memudaratkan:

# Makan terlalu banyak (waktu sahur dan berbuka).
# Makan makanan pedas dan berempah serta payah hadam.
# Makan terlalu banyak daging binatang, terutama bagi penghidap batu
karang, gout dan alahan.
# Mengulangi makan sepanjang malam.
# Kurang minum air pada malam atau lebih minum air ketika makan.
# Tidur selepas kenyang makan.

Bagaimanapun, umat Islam perlu beringat dan tidak lupa diri selepas Ramadan kerana amalan ketika Aidilfitri juga boleh merosakkan manfaat puasa seperti:

# Makan banyak (terutama daging, berempah, berlemak dan berminyak).
# Makan kerap.
# Kuih-muih yang payah dihadam.
# Air mengandungi pewarna, perasa tiruan.

Mesej utama ialah, pembaziran juga 'pembunuh' manusia kerana hidup dalam keadaan terlalu mewah tanpa berusaha menjaga kesihatan menjadi punca kepada pelbagai penyakit.

Wednesday, June 9, 2010

cinta pertama

hatiku berdebar-debar, apakah maksudnya, aah aku tidak tahu, tp kenapa kah bayangan dikau hadir sentiasa dalam otakku.. hampir setiap hari aku teringat dikau, hrm... adoilah kenapa la kau selalu bermaian di fikiran ku, musykil dengan aper yang berlaku pada ku, tidak pernah sebelum ini ku sebegini, haru.. mmg haru.. hahhahaha

kau aku kenali lama dulu, masa mula-mula aku melihat kau , hati ku terusik ,hati aku disentuh satu perasaan yang aneh, tapi ku pendamkan saja.. hahha.. maklum la , malu la.. hahhaha lagipun kau kepunyaan orang , aku bukan lah seorang yang suka merampas kepunyaan orang, hanya mampu melihat dari jauh jer.. hahhaha biar la.. mungkin satu hari nanti aku akan berjumpa dengan dia lagi tapi tidak tahu bila...

setelah sekian lama , aku mendapat nombor bimbit dia , itu pun secara senyap aku mendapatkan.. hahahha.. nk mintak , bukannya bleh dapat pon.. hahha so, secara tk langsung aku da der alternatif untuk menghubungi dia, tapi nombor tersebut hanya diam dalam simpanan aku... hahahha, pela aku nk wt ngan nombor dia nie, nk kol ker ataupun nk massage.. ntah la , bia je la... hahhaha..

masa berlalu , hari berganti , tahun berubah, akhirnya aku mempunyai keberanian untuk membuat satu penggilan tidak dijawab atau dalam bahase orang putihnya missed call.. hahahha aku wt missed call, hrm... die pun missed call.. hahahh.. bes nie dia bg respon, aku pun missed col la lagi dan lagi... hahhaha .. akhirnya dia bagi message .. "siapa nie.." hahahha, mmg aku tk balas la.. hahahha bia je .. sejak ari2 aku tidak lagi berbuat demikian.. hahhaha malas la kaco org...

satu hari aku cuba hantar message, hm, dia balas la.. berbungga rase di hati.. hahhah, sy bg nama nta pe nta , tk ingat da,... tkde la aku bg nama btol... sejak 2 aku sering message ngan die.. penah skali die kol aku, tp aku tk jwab pon.. hanya dengar suara die , pas2 trus letak.. hahahha, sian lak.. tapi bia la,, malas aku nk amek taw.. kejam nyaer aku.. hahhaha

setelah lame mendiam diri, aku memberanikan diri menghantar message, balasan yang diterima amat baik, die membalas messageku, heheh.. mulalah bermessage hampir setiap hari bertanya kabar dan bermacam ag.. bes nyer .. gembira jer aku ase, bagai di taman bunga yang dipenuhi bunga-bunga yang pelbagai jenis dan warna...

setelah sekian bermessage, aku call die lak.. hahah bersembang jek.. mmg tk ingat dunia, fuh.. bukan senang aku nk call org punya lame cmnie... hahah.. abes kredit , bli ag.. hahhaah dari message hingga la ke pertemuan ...
"awak pe kabar"
ayat aku ketika bertemu die, hahaha agak kaku la plak.. tp tkper la , oj la nie

"sy baik jer.. , awak nie , jgn la segan , t sy pon segan la" kata fazzreen..

pertemuan berjalan baik.. hubungan aku ngan die bertambah mesra, hahahh..... sejak pertemuan pertama, pertemuan demi pertemuan berlaku.. riang gembira asenya,

setelah bersahabat beberapa lama, hati ku terusik dan mula merasa cinta.... akhirnya aku ingin luahkan padanya yang aku telah jatuh cinta pada dia...

"awak, sy da mula sayangkan awak. dan mula mencintai awak.. sudi tk awak menjadi suri yang menceriakan hidup sy" aku luahkan pada nya.. tapi jawapan yang aku terima amat memeranjatkan aku..

"maap awak.. saya da bertunang dan akan melangsungkan perkahwinan akhir tahun nie" balasan dari fazreena...

huh... terkejut aku , adus... pe la nie.. sedih nyer.. "tkper la awak.. mungkin awak bukan untuk saya" aku berkata..

suasana ketika itu amat hening, sunyi tanpa sebarang kata, dalam fikiran tiada siapa tahu apa yang masing-masing fikirkan...

arghhhh....... sedihnya aku rasa, cinta pertama yang aku alami berakhir dengan kehampaan, tidakkkk... aku tidak dapat menerima kenyataan ini.. .

beberapa bulan selepas kejadian itu, aku mendapat tawaran bekerja di utara tanah air, aku menerima tawaran tersebut bukan hanya kerja tapi membawa hati yang lara dan terguris, kesedihan yang aku alami tidak dapat disimpan lagi... aku harus membawa diri ke tempat yang mungkin akan dapat melupakan cinta pertama aku... aku pergi tanpa memberitahu sepatah kata pada fazreena..........

"selamat tinggal fazreena, aku harap kamu bahagia bersama-sama bakal suami kamu sehingga ke akhir hayat" kataku, air mataku bercucuran turun membasahi pipi, ketika aku mula bergerak meninggalkan bumi yang menyimpan pelbagai kenangan dan cinta pertamaku....


kau untukku

Suasana petang yang dingin menyebabkan Arisa kesujukan, mana taknya hujan yang turun mencurah-curah sejak beberapa jam yang lalu masih tidak menampak tanda-tanda berhenti.
"sejuknya arini," omelan Arisa.
sedang kesejukan novel yang baru dibelinya dibelek-belek, tiada niat membaca kerana fikiran Arisa terawang-awang memikirkan kejadian petang semalam.
"rasanya aku pernah berjumpa dia, tapi siapa ya,"
Arisa terasa kenal dengan pemuda yang dia terserempak semalam ketika berjalan-jalan di pusat membeli-belah, masakan tidak, pemuda itu adalah bekas pelajar yang sama dengan dia satu ketika dahulu.

Saturday, June 5, 2010

Thursday, May 27, 2010

malam akhir DAT6B

malam yang amat mengharukan.... aku bersama² rakan pergi ke dusun bay untuk perjumpaan terakhir ... kali akhir untuk berjumpa setelah bersama selama 3 tahun...... tak dapat tahan lagi.. rasa terharu bile kehadiran rakan² yang banyak memberi kenangan bersama...

sedih tu mmg la sedih.. tp ak tk kuar pon air mata, hehhe... hanya bersedih dalam ati kerna akan berpisah ... hahahha........ rakan² perempuanku aku lihat kesemuanya menitiskan air mata.. turut serta dalam perjumpaan pd malam itu adalah mama kami iaitu puan Hasnah bt Ngah.. tk dapat disangkal lagi waktu perpisahan adalah waktu yang paling sedih , dah la kita telah bersama selama 3 tahun.. huhuu.. kami semua menikmati makan malam bersama , setelah itu, mama memberikan ucapan untuk kali yang terakhir.. huhuuh.. suasana bertambah hiba, rakan² perempuan berpelukan sesama sendri .. kami lelaki turut berpelukan dan bersalaman sesama kami, dengan ucapan akan bertemu lagi di kemudian hari...

setelah puas menjamu selera, kami berkumpul di luar restoran untuk satu ucaoan terima kasih sesama kami , di ikuti ungkapan maaf andai tersalah bahasa.... tk dinafikan suasana tersebut telah mengimbau kembali segala kenangan yang terindah dari kami mula² kenal sehinggalah menjadi rapat sebegini, umpama sebuah keluarga yang amat bahagia..... hahahha

Wednesday, May 26, 2010

malam perpisahan

sayu..
sedih...
terharu....
itu yang dapat ku simpulkan..
malam penuh limpahan air mata , mengalir sepi..
membasahi bumi...
akhirnya, kami berpisah,
setelah mengharungi pelbagai pahit getir,
selama tiga tahun bersama...

terlalu banyak kenangan pahit dan manis ,
ditempuhi bersama...
menghadapi cabaran bersama,
menempuh halangan ,
tanpa jemu dan tangis,
kita tempuhi dengan tegar...

aku harap persahabatan kita tidak akan
patah arang....
tidak dengan hanya sedikit halangan,
kita melupakan sesama....
janganlah dilupakan kenangan bersama...

kasih PA tersemat dalam ingatan sanubari,
menjengah hati kita
PA telah menyulam kasih kepada kita,
hargailah masa kita bersama mama..
kami sayang mama

terima kasih tak terhingga buat mama tercinta,
kerana sudi manjaga kami,
mengajar kami,
kami semua amat terharu dan berterima kasih,
agar setiap ajaran puan tetap diingati,
dan terus beramal di masa hadapan...

kasih kami pelajar² DAT B,
akan terus subur dalam ingatan puan...
terima kasih tak terhingga...
PUAN HASNAH BTE NGAH

Tuesday, May 25, 2010

tuesday night tomyam

hahahha... malam yang gemuruh .. lepak² ngan kwn² kat kalompang.. at meor tomyam..
giler la, layan siot... lepak ramai² mmg la besh.. hirup sup tomyam , terbaik la...

huh..!! bleh tahan la, tgk udang, sotong, ketam ngan ayam... besar² kot.. hahhah