Pages

Sunday, October 24, 2010

"Mai, jom pergi makan nak tak..?? aku dah lapar ni'"
"hurm"
"Mai kau dengar tak apa yang aku cakap tadi" Aina beceloteh lagi...

"dengar la, tapi aku tak lapar lagi la, kau pergi je la makan sorang2" Mai menjawab acuh tidak acuh pertanyaan Aina...

"kau ni kenapa, sejak kebelakangan ni, aku tengok kau semakin banyak termenung la"
"tak ada apa-apa la, kau ni banyak tanya la pulak da macam polis pencen aku tengok, tadi kata lapar , jom la aku teman kau pergi makan" Mai mengajak Aina.

"Kau tak nak makan ker?"
"ala Mai , tak kan ak sorang jer makan tak best la cam ni" Aina seolah-olah merajuk.

"la, tadi kau juga yang cakap yang kau lapar, makan je la"
"aku minum je la boleh, haha" Mai cuba memujuk Aina.

"kita pergi kedai yang kat depan tu je la, yang ramai orang 2"Aina mencadangkan.

"apa nama kedai tu ek"

"apa tah, tomato kalau tak silap aku"

*********

"nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi "

Faizall gelisah, sudah beberapa kali dia cuba untuk menghubungi Mai, tetapi hampa. setiap kali faizal cuba, dia hanya mendengar operator menjawab.

"kenapa la Mai ni, die macam nak elak kan dari aku je"

'mugkin bateri hp dia habis kot'. Faizall bermonolog dalam hati, cuba menenangkan dri setelah tidak berjaya menghubungi Mai atau nama penuhnya Iman Humairah yang dikenali sejak beberapa tahun lalu. itu pun melalui sahabatnya, Muzarill.

"Muz, jom lepak aku bosan la duduk kat rumah ni." Faizall menelefon Muzarill setelah puas menghubungi Mai,

"aku on je, ajak la Im skali, kita lepak tempat biasa ok."

mereka bertiga sentiasa bersama, sejak dari zaman persekolahan lagi, keakraban mereka tidak dapat dinafikan lagi. sentiasa melakukan sesuatu bersama-sama. kerja pun di kawasan yang sama cuma lain syarikat. Faizall, Muzarill dan Aiman amat rapat macam adik -beradik .

Mereka berjumpa di restoran Sri Setia, melepak-lepak sambil menonton perlawanan bola sepak. ramai sungguh pelanggan di situ, tidak kira kaum, usia dan jantina. Masing-masing asyik dengan perlawanan tersebut.

Tidak bagi Aiman ataupun Shahril Aiman. dia tidak begitu meminati bola sepak, cuma tahu la juga serba sedikit. berbeza sekali dengan Faizall dan Muzarill.

********

No comments:

Post a Comment